Friday, August 7, 2009

Tahlil

Assalamualaikum,

Bapa mertua Zulhairi jiran kita A-4-3, Buginvilla Apt telah kembali ke Rahmatullah malam semalam. Beliau menjemput kita semua ke rumah arwah untuk bacaan tahlil dan doa selamat di Apt Kenanga selepas Isyak malam ini.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Sdr Hawari 0123419387.

Sekian, Terima kasih.

Thursday, August 6, 2009

INA OH INA...

" abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab.
Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan
enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu
itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak
kerana Ina mesti jadi mak.

Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok
dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi
Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu.
Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri
keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun
Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun
dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina
kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang'
yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar
tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen
merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai
hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah
ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak
Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah
telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya
kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba
hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,
fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja
shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi
akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki
perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah
kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu
asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika
tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina.
Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk
terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di
depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah
rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol
pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina.
Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu
bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas
tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok
Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil
menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu.

"hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari
mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar
dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim
kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."
*
hehehe..... jangan marah ek.. sekadar hiburan kita suma untuk hilangkan
tension... *